Stress Test: Bank di Britain Mampu Berhadapan Dengan Ketidaktentuan Brexit

46

Bank-bank di Britain boleh berhadapan dengan ketidaktentaun Brexit tanpa perlu mengurangkan pemberian pinjaman atau dibantu oleh pembayar cukai, kata Bank of England pada Selasa.

Buat pertama kali sejak ‘ujian stress’ ini diperkenalkan pada 2014, tiada satu pun bank di Britain yang memerlukan tambahan modal, kata bank pusat.

Ujian stress ini dikira mengikut asas berapa jumlah amaun yang dipegang pada awal 2017.

Barclays dan Royal Bank of Scotland gagal dalam ujian ini tetapi tidak memerlukan tambahan modal kerana mereka telah menambah modal sepanjang tahun ini.

Bank of England melihat sistem perbankan akan terus menyokong ekonomi, walaupun dengan kecelaruan Brexit,” kata Gabenor Mark Carney.

Keputusan ujian kali ini sudah tentu melegakan Menteri Kewangan Philip Hammond yang dijangka akan menjual 3 billion Pounds bon tahun hadapan bagi mengurangkan hutang awam.

HSBC, Lloyds Banking Group, Santander UK, Standard Chartered dan Nationwide Building Society kesemuanya lulus ujian kali ini.

Ekonomi Britain kehilangan momentum tahun ini disebabkan inflasi yang tinggi. Inflasi pula dipengaruhi oleh faktor utama kejatuhan Sterling sejak Jun 2016 sehingga mengurangkan pendapatan boleh-guna isirumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat