Tak Mahu Banyak! Cukuplah $1.5 Trilion Je – Pentadbiran Trump

380

Pentadbiran Trump mencadangkan satu pakej rangsangan baru bernilai kira-kira $1.5 trilion termasuk bantuan $20 bilion untuk industri penerbangan yang terjejas teruk akibat krisis pandemik, kata ketua kakitangan White House, Mark Meadows.

Terdahulu dilaporkan bahawa dua syarikat penerbangan terbesar Amerika Syarikat, American Airlines dan United Airlines telah mula memberi cuti sementara untuk lebih daripada 32,000 pekerja pada Khamis berikutan harapan yang makin pudar untuk mendapatkan wang jaminan terakhir dari Washington.

Syarikat penerbangan AS telah meminta sokongan gaji tambahan sebanyak $25 bilion daripada kerajaan untuk melindungi pekerjaan selama enam bulan lagi setelah pakej bantuan semasa berakhir pada akhir September.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi sebelum ini telah mengadakan rundingan mengenai pakej rangsangan $2.2 trilion yang diusulkan oleh Demokrat, namun pengundian ditangguhkan bagi memberi ruang kepada lebih banyak perbincangan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan ke atas program pembayaran langsung untuk rakyat Amerika.

Walaupun Mnuchin memberitahu bahawa banyak kemajuan telah dicapai dalam perbincangan tersebut, tetapi pentadbiran Trump dikatakan tidak akan menerima cadangan Demokrat untuk pelan rangsangan $2.2 trilion dan mencadangkan pakej bantuan bernilai $1.5 trilion.

Meskipun terdapat ketidakpastian dalam usaha AS untuk pakej rangsangan ini, namun pasaran tetap yakin bahawa kedua-dua pihak akan mencapai kesepakatan berikutan situasi semasa Covid-19 yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat