Terkini: LUNO Akan Mula Memproses WITDRAWAL Seawal Esok Hari!

1,941

LUNO dalam statusnya terbarunya membawa berita gembira kepada semua trader matawang crypto yang mana WITHDRAWAL wang mereka yang akan mula di proses seawal esok hari (29 Mac 2018).

Dalam perkembangan terbaru, LUNO menyatakan bahawa Maybank telah bersetuju untuk memproses pengeluaran wang pelanggan-pelanggan mereka yang tertangguh sejak 3 bulan lepas. Namun, pengeluaran wang ini akan dibuat secara berperingkat berikutan jumlah pengeluaran yang banyak.

LUNO menyatakan pada 29 Mac 2018 mereka akan memulakan proses pengeluaran wang yang tertangguh dan pada 23 Mac 2018 mereka akan mengaktifkan semula fungsi WITHDRAWAL yang mana permintaan WITHDRAWAL yang baru ini akan mula diproses pada 2 Mei 2018.

Dalam menjalankan proses pengeluaran wang pelanggan mereka, LUNO akan memproses nilai transaksi yang besar terlebih dahulu dan diikuti dengan amaun yang kecil. Ia dijangka akan mengambil masa, dan pihak LUNO meminta anda semua bersabar.

Pihak MAYBANK juga akan mengenakan yuran pentadbiran, kata LUNO dalam statusnya terbarunya itu.

LUNO akan meneliti kecairan dalam pusat tukaran mereka dan jika terdapat naik-turun yang besar dari segi harga – LUNO berkemungkinan akan menggantung fungsi BUY dan SELL buat seketika.

LUNO juga menggesa pelanggan-pelanggannya supaya mengambil peluang ini untuk membuat WITHDRAWAL. Dalam masa yang sama mereka juga akan mencari alternatif perbankan selain daripada MAYBANK.

Akhir sekali, LUNO berjanji untuk mengemaskini info baru jika terdapat perubahan kepada jadual semasa.

Berikut adalah screenshot status terbaru LUNO yang dikeluarkan hari ini:

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat