Terkini: Trump Tambah Tekanan Kepada China Dengan Tariff Sehingga $100 Billion

942

Ketegangan perdagangan antara AS-CHINA semakin meruncing disebabkan oleh perintah terbaru Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tariff $100 billion kepada China.

Walaupun dengan sentimen terbaru ini US dollar setakat ini kekal kukuh dengan Yen belum menunjukkan isyarat untuk menguat.

Trump mengatakan tindakan itu adalah sebagai respon dari tariff yang dikenakan oleh China kepada import Amerika Syarikat. China pada Khamis telah mengumumkan tariff sebanyak $50 billion yang dikenakan terhadap 106 produk AS yang termasuk kacang soya, automobil, pesawat dan wiski.

Arahan terbaru oleh Trump ini sekaligus meningkatkan lagi kebimbangan terhadap Perang Perdagangan kedua-dua kuasa ekonomi dunia.

Ketegangan perdagangan ini bermula sejak sebulan yang lalu dan semakin reda pada minggu lalu sehinggalah pada Khamis. Ia tercetus semula dengan ancaman terbaru Trump yang merancang tariff $100 billion terhadap China.

Pasaran ketika ini dilihat tidak terlalu bimbang dengan ancaman terbaru Trump, seperti yang dapat dilihat kepada pergerakan semasa Yen. Tetapi indeks saham utama Eropah yang dibuka sebentar tadi membuat penurunan dengan DAX (Jerman) susut 0.71%, CAC40 (Perancis) susut 0.48% dan FTSE100 (UK) susut 0.20%.

Secara keseluruhan, pasaran pada hari ini masih berhati-hati dengan sentimen semasa lebih-lebih lagi dengan data pekerjaan AS (NFP) yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat