Teruknya Impak Inflasi AS, Mata wang Utama Makin Junam!

2,011

Lonjakan inflasi AS yang lebih tinggi tampaknya meningkatkan lagi kebimbangan pelabur terhadap kesannya kepada pertumbuhan ekonomi global ketika kebanyakan bank pusat dunia bertindak menaikkan kadar faedah.

Ini dapat dilihat daripada kemerosotan lebih parah kebanyakan mata wang utama berbanding safe-haven US dolar dan yen pada sesi Eropah.

Mata wang yen sebelum ini terperosok ke paras terendah 24 tahun berbanding US dolar apabila harga menyentuh 135.19, iaitu tahap terkuat sejak Oktober 1998.

Harga kemudiannya kembali stabil ketika pelabur menantikan pembukaan sesi New York yang dijangka akan menyaksikan peningkatan lebih agresif mata wang USD yang disokong oleh data inflasi dan jangkaan pengetatan bank pusat AS.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun terus memuncak sehingga mencecah 3.23% iaitu paras ketinggian 11 tahun, manakala hasil 2 tahun pula mencapai tahap tertinggi 15 tahun.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand menyusut lebih parah susulan sentimen yang menyuramkan berlegar dalam pasaran.

Pelabur bagi kedua-dua mata wang akan diperlihatkan dengan data pekerjaan Australia dan ekonomi New Zealand pada minggu ini.

Sementara itu, dagangan pound semakin menghampiri paras terendah untuk tahun ini setelah data yang diterbitkan pada awal sesi Eropah menunjukkan pertumbuhan ekonomi UK terus merosot pada bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat