The Fed Memberi Isyarat Inflasi AS Melebihi 2%: Adakah Ia Boleh Diterima?

73

Federal Reserve sedang mempersiapkan pasaran dalam suasana inflasi yang lebih tinggi, tetapi tidak menjawab persoalan tentang berapa tinggi inflasi boleh meningkat dan jangka masa inflasi tinggi tersebut.

Kaji selidik terbaru yang dibuat oleh The Fed  Washington menunjukkan bahawa pembuat polisi boleh membiarkan inflasi meningkat sehingga tiga peratus setahun dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Hal ini supaya inflasi jangka panjang sebanyak 2.0% dapat dicapai selepas beberapa tahun ekonomi berada dalam inflasi rendah.

Mengekalkan kadar faedah di paras rendah semasa inflasi melonjak, dengan pengeluaran ekonomi dan upah juga meningkat melebihi potensi telah menyebabkan kesan ‘terkumpul’ kemelesetan pertumbuhan dan inflasi 10 tahun yang lepas.

Kajian dari staf The Fed tidaklah mempengaruhi pandangan ahli-ahli lembaga bank pusat atau secara langsung memberi impak kepada polisi, tetapi dalam hal ini kajian staf adalah relevan untuk dibincangkan tentang bagaimana The Fed memberi respon jika inflasi menghampiri sasarannya.

Indikator yang menjadi pilihan The Fed dalam mengukur inflasi, iaitu ‘Personal Consumption Expenditure Index‘ berada dalam purata 1.6 peratus sepanjang 10 tahun yang lalu, di mana memerlukan sokongan dari inflasi yang tinggi dalam masa yang sama mengharapkan kadar gaji dan kadar faedah turut meningkat.

Dalam perbincangan terkini The Fed, ia dilihat sukar bagi mereka menerima inflasi 3.0%, di mana sasaran inflasi 2.0% adalah sasaran yang digunapakai oleh kebanyakan bank pusat di seluruh dunia, tetapi kenaikan yang sederhana dan secara berperingkat adalah sihat bagi ekonomi secara keseluruhan.

Harga yang meningkat terlalu pantas boleh mencetuskan kebimbangan kepada orang awam dan memberi risiko kepada perubahan psykologi isirumah dan perniagaan kerana akan melonjakkan lagi kenaikan harga yang sukar untuk dibendung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat