Token NFT Ini Bakal Gemerlapan, Sekarang Masa Terbaik Buat Pelabur!

2,230

Berminat untuk melabur di dalam non-fungible token (NFT) tapi kebanyakannya sudah mahal, mungkin maklumat yang dikongsikan ini boleh dipertimbangkan bagi mereka yang mahu mencuba.

Selain Theta (THETA), Chiliz (CHZ), Enjin Coin (ENJ), pelabur kripto dikenali sebagai Ben Amstrong mencadangkan Ecomi (OMI), menyifatkan token ini berpotensi tinggi dengan projek rakan kongsi bersama firma terkemuka.

Misalnya, token natif bagi platform VeVe ini sebenarnya telah berjaya mengikat perjanjian bersama jenama-jenama terkemuka dunia seperti Warner Bros., Capcom dan DC.

Lebih menarik, individu yang dikenali sebagai titan dalam industri perlesenan, Alfred R. Kahn merupakan ketua Perlesenan Global di Ecomi sejak 2018, menjadikan figura ini memainkan peranan utama dalam mendapatkan lesen untuk platform ECOMI Collect.

Ini juga bermakna Kahn mampu mendapatkan hak terhadap barangan digital yang diinginkan.

Sebagai rekod, Kahn juga bertanggungjawab terhadap pendapatan runcit bernilai lebih $25 bilion. Firmanya, 4Kids Entertainment turut bertanggungjawab terhadap beberapa nama besar termasuk Pokemon, YuGiOh, Teenage Mutant Ninja Turtles, Cabbage Patch Kids dan ol’ Polly Pockets.

Kahn turut terlibat dalam membantu penjenamaan dan perlesenan Nintendo, Mario Bros, Zelda, Donkey Kong, James Bond dan World Wrestling Federeation.

Walau bagaimanapun, setakat ini Ecomi masih belum memutuskan perjanjian bersama jenama-jenama tersebut namun, Amstrong yakin dengan Kahn sebagai orang yang bertanggungjawab dalam perlesanan, Ecomi dan VeVe mempunyai masa depan yang gemilang.

Ketika ini OMI didagangkan pada $0.009087, melonjak lebih 5% dalam 24 jam dengan nilai pasaran melepasi paras $1.5 bilion. Kali terakhir token ini mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa adalah pada 19 Mac lalu dengan nilai $0.013.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat