Ulasan: 5 Perkara Para Pelabur Harus Ketahui Apa Yang Berlaku Pada Hari Ini!

1,225

1. Huawei Disenarai Hitam

Pentadbiran Trump telah mengambil keputusan yang lebih drastik dan lantas meningkatkan lagi ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan China.Presiden Donald Trump telah mengeluarkan perintah eksektuif bagi mengisytiharkan darurat kebangsaan berhubung teknologi telekomunikasi dan perkhidmatan berikutan ia memberi ancaman terhadap teknologi Amerika Syarikat.

Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat telah memasukkan Huawei dan entitinya untuk disenarai hitamkan kerana terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara Amerika Syarikat. Hal ini bermaksud selepas ini, syarikat Amerika Syarikat yang ingin menjual barangan Huawei perlu mendapatkan lesen khas.

Untuk Huawei dan rakan niaga syarikat Amerika, ia boleh membawa kepada malapetaka. Menurut penganalisis, syarikat-syarikat pengeluar seperti Intel, Qualcomm, Micron, Microsoft dan Oracle harus berjaga-jaga.

Baca disini untuk lebih lanjut.

2. Impak Terhadap Pasaran

Perilaku para pelabur bercampur dalam menanggapi berita-berita yang telah berlaku. Saham-saham Asia ditutup bercampur dimana Indeks KOSPI Korea Selatan jatuh 1.2%, Indeks Nikkei Jepun, jatuh 0.6%. Manakala Indeks Hong Kong naik kurang dari 0.1% dan Bursa Shanghai naik 0.6%.

Bursa pasaran Eropah kebanyakkan dibuka rendah. Bursa pasaran hadapan Amerika Syarikat juga dibuka rendah. Saham-saham yang banyak terkesan ialah saham teknologi. Walaubagaimanapun, beberapa bursa saham S&P 500 dan Nasdaq masing-masing naik 0.6% dan 1.1%.

3. Persidangan Teknologi

Persidangan teknologi akan diadakan pada hari Jumaat di Paris. Persidangan ini akan mengumpulkan banyak jenis startup dan syarikat teknologi.

CEO IBM, Ginni Rometty akan menyampaikan ucapan dalam persidangan. Turut dalam jadual Jack Ma(Alibaba) dan Ken Hu (Huawei) juga akan menyampaikan ucapan.

4. Laporan Pendapatan dan Ekonomi

Walmart telah mengeluarkan laporan pendapatannya. Baidu (BIDU), NVIDIA (NVDA) dan Pinterest (PINS) juga mengeluarkan laporan mereka.

5. Sentimen Pengguna US

Laporan pengguna US akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Laporan ini dapat menjadi sebagai indikasi mengukur kekuatan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat