Ulasan Penuh Pergerakan Matawang US Dollar Sepanjang Minggu Lalu (21-25 Mei)

722

Matawang US dollar didagangkan bercampur-campur pada minggu lalu dengan banyak berita yang menyebabkan risiko kepada pasaran yang sekaligus juga menggerakkan matawang US dollar. Walaupun dengan pergerakan yang tidak menentu, tetapi pergerakan pasangan-pasangan matawang US dollar adalah seiring. Ini bermaksud pair USD sememangnya banyak digerakkan oleh faktor dari Amerika Syarikat.

Matawang greenback (USD) memulakan dagangan pasa Isnin lalu dengan kenaikan sebelum menurun pada sesi London. Hal ini disebabkan kejatuhan hasil-bon Amerika Syarikat yang turut membuat penurunan pada ketika itu dan ia berterusan sehingga sesi New York.

Greenback mula mendapat sokongan pada Selasa dan meneruskan kenaikannya sehingga Rabu. Akhirnya US dollar mula turun selepas minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan kenyataan yang keseluruhannya ‘dovish’. The Fed dilihat tidak begitu terburu-buru untuk menaikkan kadar faedah apabila menyatakan bahawa bank pusat itu akan membiarkan inflasi bergerak melebihi sasaran 2% buat sementara waktu.

Selepas daripada laporan FOMC itu, pergerakan US dollar menjadi lebih bercampur-campur pada Khamis dan akhirnya greenback tertekan disebabkan laporan bahawa Trump akan membatalkan pertemuan dengan Kim Jong-Un. Dengan perkataan yang sedikit berbaur ancaman, US dollar jatuh pada Khamis.

Namun, US dollar menguat semula pada Jumaat apabila Korea Utara memberikan respon positif terhadap surat tersebut. Korea Utara menyatakan kesediaan dan keterbukaan mereka untuk menyelesaikan isu bersama Amerika Syarikat.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu.

14 – 18 Mei 21 – 25 Mei
Eur/Usd- Jatuh 247 pip Eur/Usd – Jatuh 185 pip
Usd/Jpy – Naik 187 pip Usd/Jpy – Jatuh 244 pip
Gbp/Usd– Jatuh 157 pip Gbp/Usd – Jatuh 198 pip
Usd/Chf- Sideway 91 pip Usd/Chf – Jatuh 116 pip
Usd/Cad– Naik 175 pip Usd/Cad – Naik 246 pip
Aud/Usd– volatile 117 pip Aud/Usd – Volatile 103 pip
Nzd/Usd– volatile 124 pip Nzd/Usd – Sideway 91 pip

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat