Undian Akhir Perubahan Cukai Terbesar Amerika Syarikat Akan Berlangsung Pada Rabu

58

Parti Republikan yang memegang majoriti di Kongres AS akan mengundi perubahan cukai terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat pada Rabu.

House of Representative yang memperkenalkan rang undang-undang tersebut enam minggu lalu pada 02 November dijangka akan mengundi pada pagi Rabu waktu Malaysia. Senat pula akan mengundi pada malam hari Rabu waktu Malaysia selepas melengkapkan perdebatan selama 10 jam.

Republikan menegaskan pakej pemotongan cukai terhadap syarikat, perniagaan kecil dan individu akan melonjakkan ekonomi dan pertumbuhan pekerjaan. Mereka juga melihat pemotongan cukai ini akan menjadi harapan untuk mengekalkan majoriti di House dan Senat apabila pilihanraya diadakan pada November 2018.

Akhirnya reformasi cukai kini semakin hampir untuk sah di sisi undang-undang sejak pertengahan tahun ini selepas berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya dari pihak Demokrat.

Antara penyebab kelemahan US dolar dalam tempoh awal 2017 sehingga ke suku ketiga tahun ini adalah disebabkan faktor cukai tersebut. Ia dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada ekonomi oleh pelabur dan sesuatu yang dijangka akan meningkatkan kadar inflasi lebih pantas.

Walaupun ia semakin hampir untuk diluluskan, namun pelabur masih bimbang dengan hasil daripada undian di Kongres. Kini dua Senator yang sebelum ini enggan menyokong iaitu Susan Collins dan Mike Lee diberitakan bersetuju untuk menyokong rang undang-undang tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat