Undian Masih Dikira, Trump Dah ‘Claim’ Kemenangan

1,093

Ketika undian di Michigan, Wisconsin, Pennsylvania dan Georgia masih dikira, Presiden Donald Trump dengan yakinnya mendakwa kemenangannya di negeri-negeri tersebut dalam ucapan beliau di White House sebentar tadi.

Susulan daripada kenyataan Trump, ia telah membawa pergerakan besar dalam pasaran yang menyaksikan kejatuhan ketara dalam hasil perbendaharaan 10 tahun ke paras terendah 0.768%, sementara niaga hadapan S&P500 pula susut 0.7% yang turut dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang tidak menentu.

Indeks dolar pula kekal mengukuh dengan peningkatan lebih 0.5% berbanding kebanyakan matawang utama.

Walaupun Donald Trump dilihat meraih kemenangan di beberapa negeri utama yang menjadi tumpuan, calon Demokrat Joe Biden masih menyatakan keyakinannya untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Setakat ini, Donald Trump telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di Texas, Florida dan Ohio, manakala Biden pula berhasil meraih kemenangan di Minnesota dan Arizona.

Biden kini mensasarkan negeri-negeri yang disebut ‘Rust Belt’ iaitu Michigan, Wisconcin dan Pennsylvania yang telah membantu kemenangan Trump pada tahun 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat