USD/CAD Menjunam Ke Paras Terendah Terbaru!

448

Dolar Kanada antara mata wang yang menjadi tumpuan pada dagangan sesi New York semalam berikutan data inflasi Kanada yang diterbitkan sebelum perhatian utama kepada mesyuarat polisi bank pusat Kanada.

Bank of Canada (BOC) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.25% dan menyatakan usaha untuk terus menyokong pemulihan ekonomi Kanada.

Penggubal dasar turut menerbitkan unjuran pertumbuhan ekonomi lebih baik untuk tahun 2022 dengan beberapa faktor yang menyokong seperti rancangan fiskal serta komoditi.

Seperti yang dipamerkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga telah menjunam hampir menyentuh paras 1.26000 lebih rendah melepasi zon support 1.26300.

Penurunan ketara harga berlaku selepas keputusan mesyuarat BOC dengan penurunan harian dicatatkan sekitar 120 pips.

Laporan berkenaan pembatalan rancangan saluran paip Keystone XL Kanada oleh Presiden Joe Biden dilihat tidak memberi kesan terhadap dolar Kanada susulan tumpuan yang terarah pada mesyuarat BOC. Namun, pelabur perlu berhati-hati dengan kemungkinan penyusutan semula Loonie disebabkan faktor tersebut.

Sesi Asia pada Khamis melihatkan pergerakan harga yang perlahan dan masih berlegar di atas paras 1.26000.

Penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut akan mendorong harga turun menuju ke paras sokongan pada sekitar 1.25200. Paras ini kali terakhir disentuh harga adalah pada April 2018 yang lalu.

Sekiranya harga melonjak semula, paras rintangan dilihat pada 1.26700 dan halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga akan memberi isyarat untuk perubahan trend harga semula.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menuju ke zon rintangan pada 1.27800 dan juga 1.28300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat