USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Dis 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-09

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 105 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3620 ke serendah 1.3515, sebelum menutup sekitar paras 1.3580 yang lebih rendah dari pembukaan sekitar 1.3585; setelah pemulihan sementara harga minyak menyokong mata wang yang berkaitan dengan komoditi. Loonie diperkukuhkan apabila penjualan dalam pasaran komoditi susut semalam, selepas data yang menunjukkan bahawa inflasi China meningkat pada bulan lepas.  Namun sentimen kenaikan kadar AS terus membantu sokongan belian untuk Dollar.

“Beberapa hari lalu, ramai orang telah menambah kontrak belian untuk Dollar berbanding blok komoditi,” menurut Pakar Strategi BNP Paribas, Michael Sneyd. “Kami suka mata wang komoditi sebagai satu strategi untuk menghadapi mesyuarat Feds minggu depan, dan Aussie tidak jatuh sebanyak matawang lain, jadi ia kelihatan lebih berisiko untuk jatuh lebih lanjut.”, tambah beliau lagi.  Kadar Kanada yang rendah dan harga minyak yang terus merudum akan menyaksikan Dollar Kanada jatuh lebih lanjut pada 2016, menurut seorang ahli strategi mata wang.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat akan melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka menurun dari 269 ribu kepada 266 ribu pemohon, serta harga import yang dijangka terus jatuh dari -0.5% kepada -0.8%; manakala Kanada pula bakal melaporkan Indeks Harga Rumah Baru yang dijangka stabil pada 0.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat