USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Oct 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD kembali merudum lebih 125 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2910 sebelum menutup sekitar paras 1.2935; setelah data jualan runcit AS dilaporkan lemah dan indeks harga pengeluar yang meleset dari jangkaan. Emas juga meningkat kepada paras tertinggi dalam seminggu, untuk menyokong CAD.

Menurut indeks harga pengeluar AS terkini, harga yang diterima daripada perkhidmatan dalam negeri dan barang, jatuh 0.5% pada bulan September berbanding bulan sebelumnya.  Ini adalah lebih daripada jangkaan penurunan sebanyak 0.2% oleh ahli ekonomi.  Sepanjang tahun sebelumnya, harga jatuh 1.1%, lebih daripada kejatuhan 0.8% yang dijangkakan; sekaligus menjadikan September, kejatuhan bulan kelapan berturut-turut.

[adrotate group=”6″]

Para pedagang kini berfikir bahawa Feds akan menolak kenaikan kadar buat masa ini, ekoran terdapat Gabenor Federal Reserve AS yang menyuarakan bangkangan kepada Yellen dan Fischer, serta beberapa presiden kawasan yang mengatakan kenaikan kadar masih sesuai tahun ini. Ini membantu memperbaharui tekanan terhadap penurunan nilai dolar AS.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat