USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Nov 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD terus memacu naik lebih 80 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3350 sebelum menutup sekitar paras 1.3325; setelah pasaran komoditi yang lemah dan terus berada pada paras terendah tahun ini, tidak memberikan sokongan kepada matawang berasaskan komoditi itu.  Minyak mentah terus merudum kerana lebihan bekalan global dan emas pula terus merosot apabila hilang permintaan ekoran sentimen kenaikan kadar AS pada bulan depan.

Timbalan Gabenor Feds Stanley Fischer merujuk kepada impak kenaikan Dollar ke atas inflasi, tetapi tidak memberi sebarang tanda bahawa mata wang yang lebih kukuh akan menjadi penghalang untuk menaikkan kadar, dan berkata pengaruhnya ke atas harga akan berkurangan pada tahun depan.  Walaupun terdapat konsensus di antara bank-bank utama terhadap kenaikan seterusnya bagi dolar, pelbagai hujah-hujah baru telah muncul tentang Euro yang mungkin lebih mantap daripada kenaikan Dollar yang pasaran harapkan.

[adrotate group=”6″]

Pakar strategi Morgan Stanley Ian Stannard merujuk kepada kesan ke atas risiko kadar Fed yang lebih tinggi, dan dolar yang lebih kukuh; yang  mengakibatkan harga komoditi yang lebih rendah. Dollar AS jatuh berbanding semua 10 mata wang negara maju, kecuali krone Norway minggu lalu; apabila Encik Stanley Fischer berkata keputusan Feds untuk melambatkan kenaikan kadar pada masa lalu telah membantu untuk mengimbangi keadaan tidak menentu ekonomi yang disebabkan oleh pengukuhan Dollar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat