USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2016

40

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD kembali merudum lebih 275 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4045, sebelum menutup sekitar paras C$1.4110; setelah spekulasi pasaran terhadap ransangan tambahan dari China, Jepun dan Euro-Zone, membantu sokongan belian untuk matawang komoditi. Kanada yang merupakan pengeluar minyak mentah ke-5 terbesar dunia, telah menyaksikan kejatuhan harga minyak sejak dua tahun lalu, dan mula gusar tentang pekembangan ekonominya.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, beberapa siaran data positif pada akhir minggu lepas, membantu Dolar Kanada bangkit lebih 1% berbanding rakan sejawatanya Dollar Amerika Syarikat.  Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Statistik Kanada Jumaat lalu, terdapat peningkatan kejutan dalam jualan runcit Kanada. Jualan runcit teras juga meningkat kepada angka pelarasan bermusim sebanyak 1.1%, satu peningkatan besar daripada 0.0% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Jumaat ini pasaran menantikan laporan GDP Kanada yang dijangka bertambah baik dari sifar kepada 0.3% walaupun indeks harga bahan asas dijangka kekal pada 4% dibawah sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat