Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ walaupun menutup lebih rendah Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 120 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.2070 ke serendah 1.1945; selepas “loonie’ terus mendapat permintaan dan Dollar kehilangan pembeli selepas laporan GDP AS suku pertama yang jauh meleset dari jangkaan. Ekonomi AS dilapor berkembang pada 0.2% berbanding 1.1% jangkaan dan 2.2% pada sebelumnya.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah terus naik lebih $2.70 setong, menjadikan harga tertinggi Rabu semalam pada sekitar paras $59.30 setong. Di pasaran Kanada, Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz, mengulangi ucapan dasarnya Selasa lalu di parlimen Kanada dengan mengatakan beliau tidak merancang untuk menurunkan “interest rate” dalam masa terdekat dan menjangkakan ekonomi Kanada bakal pulih dalam 6 bulan terakhir tahun ini.
Kenyataan ini dilihat selari dengan Menteri Kewangan Kanada Joe Oliver, yang mengatakan prestasi ekonomi pada suku pertama 2015 dijangka lemah walaupun secara total, ianya dijangka berkembang pada kadar 2% untuk tahun ini. Pada masa yang sama IMF menyarankan agar Kanada mengekalkan dasar monetarinya untuk meransang ekonomi negara itu.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni