USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 Jul 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD membuka sekitar 30 pips ‘gap-up’ hari ini, selepas kembali melonjak lebih 60 pips Jumaat lalu, sebelum menutup sekitar paras 1.2565; selepas “loonie” melemah terkesan dari kejatuhan harga minyak mentah.  Bank of America Merrill Lynch telah menjadi bank yang pertama untuk meramalkan kemelesetan Kanada pada tahun ini.

Economist Emmanuelle Enenajor dan pasukannya kini mengatakan bahawa, ekonomi Kanada akan menguncup sebanyak 0.6% pada suku kedua, berikutan penguncupan 0.6% pada suku pertama. Takrif kemelesetan adalah penguncupan untuk dua suku berturut-turut.  Kemelesetan akan menyebabkan Bank of Canada menurunkan “interest rate” sekali lagi pada tahun ini, menurut Enenajor.  Beliau menjangkakan bahawa kemelesetan akan menurunkan nilai Dollar Kanada – hanya di bawah 77 sen AS (sekitar USD|CAD 1.2987) pada awal 2016, paras terendah dalam masa lebih daripada satu dekad.

Pengumuman “interest rate” Kanada adalah pada 15 Julai, dan ramai pakar ekonomi telah mengubah ramalan mereka dengan penurunan sebanyak 0.25% yang akan diumumkan kemudian. Lain-lain pakar ekonomi telah berkata bahawa Bank of Canada akan menunggu sehingga akhir tahun ini, memandangkan kritikan yang dihadapi berikutan kejutan penurunan daripada 1% kepada 0.75% pada bulan Januari lalu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat