USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005Dollar CAD yang pada mulanya dalam dagangan “ranging” Selasa lalu, terus memacu naik lebih 90 mata sepanjang sesi dagangan petang New York kemudiannya; apabila harga minyak mentah terus merudum ke paras terendah $46.80 setong, yang sekaligus melemahkan permintaan untuk “Loonie”.

Menurut Jeremy Stretch, Ketua Strategi Matawang CIBC World Markets di London, sentimen risiko pasaran global mula “bearish” apabila pasaran ekuiti dan komoditi seperti minyak merudum.  Ini menunjukkan pemintaan yang semakin mengurang dan sudah semestinya memberi implikasi negatif kepada perkembangan ekonomi global.

Pada masa yang sama, krisis politik di Greece dan pelbagai masalah ekonomi di negara Kesatuan Eropah seperti Itali, Perancis, dan Sepanyol; mendorong para pelabur mengurangkan pembelian berasaskan komoditi seperti “Loonie”, “Aussie” dan “Kiwi”.  Permintaan yang mengurang dari China juga, tambah memburukkan lagi keadaan.

Dengan Federal Reserve AS yang dijangka menaikkan “interest rate” tahun ini, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran matawang.  Hari ini US Dollar Index berada pada paras yang tertinggi dalam tempoh 6 tahun, sekitar 92.50, sebelum minit mensyuarat FOMC dilaporkan pada sesi petang dagangan New York Rabu semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat