USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

50

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen yang naik lebih 65 pips pada sesi Asia Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥122.20, merudum lebih 160 pips pada sesi Eropah dan Amerika, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥120.55 sebelum menutup sekitar paras ¥120.85; selepas kejatuhan baru dalam harga minyak dan Yuan China menyebabkan para pelabur mengalihkan pelaburan mereka kepada mata wang ‘safe-haven’ Yen; sekaligus mengeheret Dollar AS lebih rendah.

Sementara itu, data jualan runcit AS menunjukkan beberapa pemulihan pada bulan November di permulaan musim percutian membeli-belah, menunjukkan momentum yang cukup dalam ekonomi untuk Federal Reserve AS menaikkan kadar minggu ini, buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad. Jualan runcit tidak termasuk kereta, petrol, bahan binaan dan perkhidmatan makanan meningkat 0.6% selepas mendapat 0.2% pada Oktober, menurut Jabatan Perdagangan AS Jumaat lalu.

[adrotate group=”6″]

Data AS yang positif bagaimanapun, gagal untuk mengangkat Dollar yang jatuh. “Risk-Off” telah menolak kadar tukaran USD/JPY lebih rendah, bergerak di bawah paras ¥121 buat kali pertama sejak awal November.  Hari ini Jepun bakal melaporkan Tankan index yang dijangka lebih lemah dari sebelumnya.  Index pembuatan Tankan dijangka susut dari 12 mata kepada 11 mata dan indeks bukan pembuatan dijangka susut dari 25 mata kepada 23 mata.  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat