USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

26

Dollar Yen terus memacu naik untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih 105 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥109.87, sebelum menutup sekitar paras ¥109.83; setelah spekulasi campur tangan Bank of Japan untuk menstabilkan nilai Yen menguasai pasaran.  Pada masa yang sama, sentimen kenaikan kadar AS pada Jun ini juga membantu sokongan belian untuk Dollar.

Di pasaran Jepun, para trader juga memberi reaksi positif kepada berita bahawa imbangan perdagangan Jepun dalam lebihan pada Mac lalu, apabila Yen yang kukuh mengurangkan kos tenaga dan import yang lain, manakala eksport jatuh. Walaupun pembuat dasar Jepun bimbang tentang kenaikan Yen sebanyak 10% pada tahun ini dan menjadikan import negatif ke atas eksport; kenaikan tersebut memotong bil import negara.

[adrotate group=”6″]

Oleh kerana itu, harga minyak purata menurun 21% pada Mac tahun ini berbanding bulan yang sama pada 2015, sekaligus mengurangkan kos bahan api Jepun. Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda juga membantu meningkatkan Yen Jepun buat kali pertama dalam tempoh tiga hari, apabila beliau berkata bahawa ‘QE’ tidak menjanjikan matawang yang lemah atau pasaran ekuiti yang lebih kukuh.

Gabenor Kuroda berkata semalam bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah-langkah pelonggaran jika diperlukan. Semalam nampaknya menjadi hari “risk-off”, yang bermakna tekanan berterusan pada kadar tukaran USD/JPY.  Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka meningkat dari 253 ribu kepada 265 ribu tuntutan.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat