USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

34

Dollar Yen susut lebih 55 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥109.32 sebelum menutup sekitar paras ¥109.45; setelah Yen kembali menguat dan para trader cuba mencari paras semasa, selepas Yen berkembang terlalu kuat sejak beberapa minggu lepas. Sebelum daripada itu, Dollar naik berbanding Yen untuk hari kedua berturut-turut, selepas pelabur berpindah ke matawang yang lebih berisiko.

Dollar AS meningkat berbanding kebanyakan mata wangutama selepas data ekonomi dari negara itu keluar yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Jumlah jualan rumah melonjak 5.1% kepada kadar tahunan selepas pelarasan bermusim sebanyak 5.33 juta pada bulan Mac selepas disemak sebanyak 5.07 juta pada bulan Februari, menurut Persatuan Realtors Kebangsaan AS.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Jepun semalam, FXNews berkata Kementerian Kewangan Jepun mengeluarkan data atas imbangan perdagangan selepas pelarasan bagi bulan Mac. Menurut data tersebut, imbangan perdagangan Jepun meningkat daripada ¥242.8 bilion pada bulan Februari kepada ¥775.0 bilion pada bulan Mac. Buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, nilai eksport jatuh sebanyak 0.7% untuk berada pada ¥74.12 trilion.

Kemerosotan nilai eksport Jepun boleh dikaitkan dengan Yen yang lebih kukuh pada suku pertama. Percubaan Bank of Japan untuk melemahkan Yen pada bulan Januari terbukti sia-sia. Ini adalah selepas bank itu meneroka kadar negatif yang menyaksikan Yen melemah sedikit, tetapi kemudian ia mula meningkat nilai dan menjadikan pelaburan dalam negara itu kurang menarik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat