Wabak Koronavirus: Jutaan Syarikat Perniagaan Boleh Terjejas? Ini Hasil Kajian Terbaru Perlu Ditelusuri!

610

Kajian terbaru menunjukkan bahawa penularan wabak koronavirus, penutupan kilang-kilang dan syarikat-syarikat di China boleh memberi kesan kepada lebih daripada 5 juta perniagaan di seluruh dunia.

Laporan kajian yang dikeluarkan oleh firma  Dun & Bradstreet dalam analisis terhadap perniagaan di wilayah-wilayah China yang banyak dijangkiti virus mendapati  perniagaan-perniagaan tersebut mempunyai hubungan dengan rangkaian perniagaan global. Kajian tersebut mendapati 49,000 perniagaan di rantau tersebut adalah cawangan dan anak syarikat asing.

Hampir separuh (49%) daripada syarikat-syarikat dengan anak-anak syarikat asing adalah berpusat di Hong Kong, manakala AS mencatatkan bacaan 19%, Jepun 12% dan Jerman 5%. Sehingga hari ini, lebih 70,000 kes wabak koronavirus telah disahkan di China yang mengakibatkan 1,770 kematian sebagaimana menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.

Penyelidik Dun & Bradstreet mendapati sekurang-kurangnya 51,000 syarikat di seluruh dunia, 163 daripadanya adalah syarikat Fortune 1000 yang mempunyai satu atau lebih pembekal langsung atau “tier 1” di rantau yang terjejas akibat penularan wabak tersebut. Dalam masa yang sama, 938 syarikat dalam Fortune 1000 mempunyai satu atau lebih pembekal “tier 2” di rantau juga terjejas.

Atas dasar kekhuatiran terhadap impak wabak koronavirus di China ke atas peniagaan dan di seluruh dunia telah menyebabkan banyak badan penyelidik meramalkan pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini akan terjejas. Badan penyelidik terkenal, Moody antara yang meramalkan pertumbuhan ekonomi dunia akan bertumbuh pada kadar tahunan 2.4% dan China menyusut sehingga 5.2%.

Laporan Dun & Bradstreet mengenal pasti bahawa lima sektor utama, mencakupi lebih daripada 80% perniagaan di wilayah yang terlibat, adalah perkhidmatan, perdagangan borong, pembuatan, perkhidmatan runcit dan kewangan.

Kekhuatiran pasaran adalah penularan wabak koronavirus yang tindak kunjung berkurangan akan menyebabkan lebih banyak kematian dan gangguan rangkaian bekalan antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat