Walau Berhadapan Sentimen Buruk, Saham FGV Naik 67 Sen Sejak Lewat 2016

101

Dagangan Saham Felda Global Venture (FGV) dibuka pada hari pertama 28 Jun 2012 di paras RM5.39 dalam dagangan yang begitu volatile (turun-naik).

Hari kedua  saham ini dibuka menunjukkan peningkatan berterusan selama empat hari berturut-turut dan sejak itu tren saham FGV menurun sehinggalah penghujung tahun lalu dan selepas itu saham FGV mula meningkat tetapi masih di paras rendah.

Ketika ini seunit saham syarikat ini didagang di sekitar RM2.09 meningkat dari paras terendah lima bulan lalu (RM1.42), yang menunjukkan kenaikan 67 sen sejak tempoh tersebut.

Februari lepas, dalam laporan kewangan suku keempat 2016, FGV mencatatkan pendapatan RM110.59 juta, jatuh 21.4% berbanding RM140.70 juta yang direkodkan pada 2015.

Pihak FGV menyatakan pada 28 Februari bahawa keuntungan yang semakin berkurangan ini adalah disebabkan penghasilan minyak sawit mentah yang rendah, kos gula mentah yang lebih tinggi, kerugian nilai dalam segmen sawit huluan/hiliran dan kerugian yang dialami oleh entiti kawalan bersama.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad sendiri telah mengatakan citarasa pelabur kepada FGV semakin berkurangan disebabkan sentimen buruk yang berlegar di ruang media massa.

“Saya rasa sebab utama yang lain adalah sentimen negatif pasaran. Pasaran saham juga berhadapan dengan penyusutan. Sebab lain adalah masyarakat selalu mengaitkan FGV dengan entiti lain yang tidak berkaitan dengan FGV,” kata beliau kepada Focus Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat