Warren Buffett Pilih Pfizer Dan 3 Firma Lain Dalam Pelaburan Lebih $5 Bilion!

609

Firma Warren Buffett, Berkshire Hathaway pada suku ketiga telah membuat pelaburan sebanyak $5.7 bilion ke atas saham empat syarikat farmaseutikal.

Menerusi rekod portfolio ekuiti yang bernilai $245 bilion, Berkshire telah menambah 21.3 juta saham AbbVie, 30 juta saham Bristol-Myers Squibb, 22.4 juta saham Merck dan 3.7 juta saham Pfizer.

Begitu pun, nilai pelaburan Buffett terhadap empat firma tersebut adalah kecil pada akhir suku tersebut. Saham baru Berkshire merangkumi 1.3% saham Bristol-Myers, 1.2% saham AbbVie, 0.9% saham Merck dan kurang daripada 0.1% saham Pfizer.

Pfizer dan Merck merupakan firma yang membangun vaksin koronavirus. Pada minggu lepas Pfizer mengumumkan keberkesanan vaksin sehingga 90% dan berjaya meraih lonjakan tertinggi saham mencecah 15% bagi 2020.

Secara keseluruhannya, pelaburan Berkshire dalam sektor kesihatan telah meningkat kepada $9.3 bilion dengan pelaburan sebelum ini ke atas tiga firma pembekal ubatan; Biogen, Johnson & Johnson, Teva Pharmaceuticals dan syarikat dialisis buah pinggang, DaVita.

Turut dilaporkan Berkshire telah mengurangkan sahamnya terhadap beberapa bank utama seperti Wells Fargo, JPMorgan Chase, PNC Financial dan M&T Bank dalam tempoh tiga bulan sehingga akhir September.

Buffett dikatakan menjual sebanyak 110.2 juta saham Well Fargo, menjadikan pemilikan saham itu hanya 3.1% daripada jumlah awal 10% dan turut menjual 21.2 juta saham JPMorgan.

Sebelum ini firma tersebut telah membuat pelaburan berjumlah $6 bilion ke atas 5 syarikat Jepun. Saham Berkshire menyaksikan lonjakan 2.3% pada tahun ini berbanding 12% lebih tinggi di pasaran luas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat