Yen Tiba-Tiba Menguat Disebabkan Tercetusnya Sentimen Berisiko Oleh Amerika

594

Matawang Yen kini menguat secara tiba-tiba sejak pukul 9.40 malam tadi dengan USD/JPY membuat penurunan, dengan matawang-matawang seperti Euro, GBP, dan CAD melemah secara mendadak berbanding Yen.

Pengukuhan matawang Yen biasanya dikaitkan dengan risiko pasaran dan penguatan matawang Jepun ini berbanding matawang utama yang lain sekaligus mengesahkan sememangnya terdapat risiko baru dalam pasaran. Ini dibuktikan lagi dengan pengukuhan aset safe-haven yang lain termasuk CHF dan emas pada masa yang sama.

Selepas menyelidik berita-berita yang dikeluarkan sejak sejam yang lepas, memang terdapat satu berita tentang cukai import (tariff) dari Amerika Syarikat. Setiausaha perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross dalam sidang media menyampaikan keputusan terkini kerajaan tentang tariff.

Ross menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU), Kanada dan Mexico akan berhadapan dengan tariff aluminium dan keluli bermula pada tengah malam waktu New York. Kadar cukai yang ditetapkan adalah 25% untuk import keluli dan 10% untuk import aluminium.

Dalam sidang media beliau berkata, rundingan NAFTA mengambil masa yang terlalu lama dan sebab itulah keputusan ini diambil bagi mengenakan cukai kepada Kanada dan Mexico. Dalam masa yang sama beliau berkata bahawa,”walaupun rundingan bersama EU terus berjalan, tetapi ia tidak mencukupi untuk mengecualikan mereka.”

Keputusan terbaru ini mencetuskan semula kebimbangan kepada pasaran terhadap ‘perang perdagangan’ global di mana Amerika Syarikat mengambil jalan yang lebih keras terhadap negara-negara lain. Kenapa pelabur beralih kepada aset safe-haven seperti Yen., Swissy dan emas? Ini kerana pasaran bimbang jika negara-negara lain akan mengambil jalan yang sama dengan mengenakan cukai kepada import AS sebagai tindak balas seterusnya mencetuskan perang perdagangan yang lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat