Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Morgan Stanley kini menulis sejarah dalam dunia kewangan apabila menjadi bank utama AS pertama yang melancarkan ETF Bitcoin spot atas nama mereka sendiri.
Produk baru ini, dikenali dengan simbol MSBT, mencatat 1.6 juta saham dan kira-kira $34 juta aliran masuk dana pada hari pertama sahaja, menandakan permulaan yang mengagumkan dalam persaingan ETF Bitcoin yang semakin sengit.
Salah satu faktor utama kejayaan awal MSBT ialah kos pengurusan yang rendah, hanya 0.14%, lebih murah daripada pesaing terdekatnya, BlackRock iShares Bitcoin Trust iaitu 0.25%.
Dalam pasaran yang kini mempunyai lebih 10 ETF Bitcoin spot dengan aset keseluruhan lebih $85 bilion, MSBT berjaya menonjol sebagai pilihan kos efektif bagi pelabur yang ingin memasuki dunia kripto dengan selamat melalui jalan tradisional Wall Street.
Bloomberg ETF analyst, Eric Balchunas, meramalkan MSBT boleh mencapai $50 juta dagangan pada hari pertama, meletakkannya dalam top 1% pelancaran ETF terbaik dalam setahun terakhir.
Apa yang membezakan MSBT daripada ETF Bitcoin lain adalah jangkaun pengedaran yang tiada tandingan.
Morgan Stanley mempunyai lebih 16,000 penasihat pengurusan kekayaan yang menguruskan $9.3 trilion aset pelanggan.
Gabungan rang jaringan luas dan kos terendah memberi MSBT peluang untuk menarik pelabur dengan lebih cepat dan efektif.
Menurut Nate Geraci, presiden NovaDius Wealth Management, ‘pengedaran adalah raja dalam dunia ETF’.
Strategi ini akan diperkuat lagi apabila Morgan Stanley merancang untuk melancarkan perdagangan kripto runcit melalui E-Trade pada separuh pertama 2026, memberikan pelabur akses kepada aset digital melalui pelbagai saluran.
Walaupun MSBT bermula dengan momentum yang kuat, cabaran sebenar ialah mengekalkan pertumbuhan dan bersaing dengan IBIT yang memiliki likuiditi tinggi dan pasaran opsyen yang dominan.
Sekiranya MSBT berjaya mengekalkan daya tarikan ini, ia bukan sahaja akan menetapkan standard baru untuk ETF Bitcoin, tetapi juga berpotensi merubah keseimbangan persaingan di Wall Street, mengukuhkan lagi kedudukan institusi tradisional dalam dunia kripto.





















































