XRP kembali merosot pada Rabu apabila pelabur menilai kesan kegagalan undian CLARITY Act di Senat AS serta menunggu keputusan dasar monetari Federal Reserve (Fed).
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $1.3031 positif 0.35% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.
Tekanan jualan kini membawa XRP menghampiri sokongan moving average, manakala penurunan lebih lanjut boleh membuka ruang ke kawasan permintaan sekitar AS$1.20.
CLARITY Act Gagal Di Senat
Senat AS gagal membawa CLARITY Act ke peringkat perbahasan selepas undian berakhir 49-50 pada Selasa.
CLARITY Act merupakan rangka kerja peraturan yang dicadangkan untuk memberikan kejelasan lebih lanjut terhadap pasaran aset digital di AS.
Kesemua 49 undi sokongan datang daripada Republikan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk meneruskan rang undang-undang berkenaan.
Dengan perkembangan tersebut, CLARITY Act kini tersekat dalam proses Kongres dan salah satu katalis yang dinantikan oleh pasaran kripto tidak menjadi kenyataan.
SEC & CFTC Masih Boleh Bertindak
Walaupun proses perundangan terganggu, perkembangan berkaitan peraturan kripto masih boleh berlaku melalui agensi seperti Securities and Exchange Commission (SEC) dan Commodity Futures Trading Commission (CFTC).
Kedua-dua agensi tersebut mempunyai kuasa sedia ada untuk mengeluarkan panduan dan peraturan dalam bidang kuasa masing-masing.
Menurut Wayne Huang, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XREX, kegagalan undian tersebut tidak semestinya memperlahankan perkembangan pasaran aset digital.
Katanya, penggunaan stablecoin dan aplikasi dunia sebenar terus berkembang walaupun proses perundangan bergerak lebih perlahan.
Peluang CLARITY Act 2026 Semakin Tidak Menentu
Perkembangan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan mengenai masa depan CLARITY Act.
Dengan pilihan raya pertengahan penggal AS yang dijadualkan pada November, proses untuk meluluskan rang undang-undang tersebut menjadi semakin tidak menentu.
Sekiranya gagal diteruskan tahun ini, proses berkenaan mungkin memerlukan rang undang-undang baharu pada tahun depan.
Keadaan itu mengurangkan salah satu harapan pasaran untuk mendapatkan rangka kerja peraturan kripto yang lebih jelas dalam tempoh terdekat.
Pelabur Tunggu Keputusan Fed
Dalam masa sama, perhatian pasaran kini beralih kepada keputusan dasar monetari Fed.
Harga aset kripto kekal berhati-hati apabila pelabur enggan meningkatkan pendedahan risiko sebelum keputusan tersebut diketahui.
Jika Fed mengambil pendirian lebih ketat, kecairan dalam pasaran aset berisiko boleh semakin terhad.
Kadar faedah yang lebih tinggi juga boleh mendorong pelabur memilih aset yang lebih stabil seperti bon Perbendaharaan AS, sekali gus mengurangkan minat terhadap aset berisiko seperti XRP dan Bitcoin.
INTRADAY OUTLOOK
XRP kini berdepan dua katalis utama iaitu ketidakpastian selepas kegagalan CLARITY Act dan keputusan dasar monetari Fed.
Selagi harga kekal di bawah paras AS$1.50, tekanan jualan masih perlu diberi perhatian dengan AS$1.20 menjadi kawasan sokongan penting.
Dalam masa sama, reaksi XRP terhadap keputusan dan kenyataan Fed akan menjadi penentu utama sentimen pasaran dalam jangka pendek, khususnya jika dasar monetari AS dilihat lebih ketat daripada jangkaan.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

























































