Adakah China Dalang Di Sebalik Serangan Siber Australia?

363

Dilaporkan hampir kesemua sektor swasta, kerajaan dan politik di Australia kini berhadapan dengan ancaman serangan siber berskala mega yang berpotensi untuk melumpuhkan negara itu.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison pada hari ini mendedahkan beberapa industri menjadi sasaran kepada penceroboh itu termasuk industri pembuatan, institut pengajian tinggi dan hospital.

Serangan yang dilakukan membuktikan penceroboh mempunyai kebolehan yang tinggi berdasarkan skala, corak sasaran dan rancangan perdagangan yang digunakan.

Dikatakan serangan tersebut bukanlah jenayah yang terbaru, sebaliknya sudah berlaku beberapa kali sebelum serangan siber semakin meningkat sejak ahir-akhir ini. Lebih membimbangkan corak serangan memfokuskan kepada aspek manusia.

Pihak kerajaan Australia tidak mendedahkan siapakah dalang di sebalik jenayah itu. Namun, menggesa kesemua organisasi dan sektor di Australia untuk mengambil tindakan sewajarnya demi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Berikutan daripada itu, timbul beberapa nama negara yang mempunyai potensi tinggi sebagai suspek. Pakar siber Nick Savvides mendedahkan kemungkinan besar 10 hingga 15 negara termasuk China, Rusia, Iran dan Korea Utara mungkin menjadi dalang kepada jenayah siber tersebut.

Apabila disoal media jika China merupakan dalang sebenar susulan daripada isu perbalahan perdagangan antara China-Australia, Morrison tidak memberi sebarang jawapan.

Menteri Pertahanan, Linda Reynolds berkata insiden ini semakin membimbangkan berdasarkan kekerapan kejadian, skala dan kecanggihan termasuk kesan daripada aktiviti itu. Beliau juga tidak dapat menolak jika insiden ini akan memberi kesan kepada keselamatan dan ekonomi negara.

Salah satu syarikat yang mungkin menjadi sasaran ialah Lion, syarikat yang mengeluarkan rangkaian produk makanan dan minuman. Pada 8 Jun lalu syarikat tersebut telah diserang dengan ancaman siber hingga memaksa aktiviti pengeluaran dihentikan selama lapan hari, menyebabkan kehabisan stok.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat