Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 1/2/2019

744

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY semalam masih menunjukkan harga bergerak mendatar menyambung pergerakan dagangan hari sebelumnya. Harga yang bergerak di bawah paras Magic Pivot terus membuat penurunan melepasi paras support MagicS1 sehingga menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun Sterling berjaya melonjakkan sedikit harga setelah Britain dilaporkan sedang membuat persiapan untuk menyambung rundingan bersama Kesatuan Eropah dalam mencapai kesepakatan berkaitan isu sempadan Ireland. Harga melonjak semula menguji paras Magic Pivot  semalam sebelum turun semula pada penghujung sesi dagangan New York ke paras sekitar support MagicS1.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga bergerak mendatar di bawah paras Magic Pivot 142.687 hari ini sebelum harga cuba untuk membuat kenaikan pada sesi pasaran Eropah. Harga cuba naik melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada 143.138 (MagicR1). Jika harga terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, harga bakal menguji pula paras resistance 143.656 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya, momentum kenaikan yang masih berjaya dikekalkan bakal melihatkan harga mencapai paras resistance 144.107 (MagicR3) pada lonjakan harga seterusnya.

Sebaliknya, jika harga kembali didagangkan ke paras lebih rendah dari Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan terus turun lebih rendah menuju ke paras support 142.169 (MagicS1) untuk harga menguji dahulu paras terendah dagangan semalam. Seterusnya, harga yang berjaya turun lebih rendah melepasi paras tersebut bakal menuju pula ke paras support sekitar 141.718 (MagicS2) sebelum harga bakal mencecah penurunan pada paras 141.200 (MagicS3) sekiranya Yen berjaya memberi tekanan terhadap matawang Pound Sterling.

Terus pantau perkembangan semasa Brexit yang masih memberikan kebimbangan terhadap pelabur serta beri tumpuan pada sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi dagangan Yen. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart GBP/JPY dengan membandingkan pada paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 142.169, 141.718, 141.200.

Paras resistance: 143.138, 143.656, 144.107.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat