Bank Pusat Global Akan Berdepan Dengan Krisis Kewangan Sekiranya Kadar Tidak Dinaikkan Dengan Segera! : John Williams

40

Presiden Fed San Francisco, John William memberi amaran semalam bahawa penurunan kadar faedah sejak krisis kewangan global mungkin akan berterusan. Hal ini juga akan menambahkan kesukaran buat bank-bank pusat untuk mengekalkan corak ekonomi yang sihat.

Menurut William dalam satu kenyataan ekonomi yang dikeluarkan oleh bank, bank pusat dilihat bakal berdepan dengan cabaran getir untuk menstabilkan ekonomi berikutan tidak balas negatif terhadap kadar yang begitu rendah.

Risiko kestabilan kewangan juga dilihat lebih besar pada paras ini.

Fed hanya menaikkan kadar faedah jangka pendek hanya dua kali sejak krisis yang melanda pada tahun 2007 hingga 2009, sementara kebanyakan bank-bank pusat global yang lain membiarkan kadar berlegar pada paras hampir sifar ataupun negatif.

Williams juga menggesa agar kadar segera dikeluarkan dari paras yang rendah daripada tahap yang pernah dicapai sebelum krisis kewangan lagi kerana pertumbuhan ekonomi sedang berada pada kadar yang agak perlahan disebabkan faktor penuaan penduduk.

Sebelum krisis, UK, AS, Eropah dan Kanada mencatat bacaan kadar di antara 2 hingga 3 peratus. Namun begitu, kadar kini menghampiri paras 0.25 peratus.

Adakah FOMC Mampu Merubah Pergerakan Matawang Utama Ini Dengan Drastik Awal Pagi Nanti?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat