Bored Ape Yacht Club (BAYC), CryptoPunks & Meebits Bakal Bertembung Di Metaverse ‘Otherside’!

379

Yuga Labs benar-benar mencuri perhatian dengan pelancaran produk terbaharu tanpa henti sejak minggu lalu.

Dalam perkongsian terbaru di laman Twitter, bertarikh 19 Mac, Yuga Labs telah mengacah pengikutnya dengan satu video promosi Otherside:

Rupanya Otherside merujuk kepada metaverse yang dikuasakan oleh ApeCoin (APE) dan akan dilancarkan pada April tahun ini.

Tidak hanya memfokuskan kepada karakter siri NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC), video berdurasi 1 minit 35 saat itu juga melibatkan beberapa karakter daripada siri NFT Meebits dan CryptoPunks.

Sebagai rekod, Meebits dan CryptoPunks telah rasmi dibeli Yuga Labs dari pengeluar asal, Larva Labs pada awal minggu lalu.

Manakala APE pula dilancarkan oleh ApeCoin DAO pada minggu yang sama, hingga membawa seunit NFT BAYC mencecah harga lantai bernilai RM1.26 juta!

Tidak akan berhenti di sini, BAYC juga akan berkolaborasi dengan subsidiari Animoca Brands, nWay untuk lancarkan permainan berasaskan blockchain, juga dikenali sebagai play-to-earn game (permainan P2E) menggunakan ApeCoin.

Ketika penulisan, ApeCoin (APE) didagangkan pada $10.64, susut lebih 8% dalam 24 jam.

Sebelum ini, APE berjaya membuat rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $18.020 ketika pelancarannya sebelum susut lebih 40% ke paras harga semasa.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat