China Arahkan Peralatan Dan Perisian Komputer Asing Disingkirkan Dari Institusinya

881

Kerajaan China dilaporkan telah mengarahkan supaya semua peralatan dan perisian komputer asing dikeluarkan dari pejabat kerajaan dan institusi awam dalam tempoh tiga tahun, yang dijangka akan memberi tamparan hebat kepada syarikat-syarikat multinasional Amerika Syarikat seperti HP, Dell dan Microsoft.

Ini merupakan arahan awam pertama yang diketahui umum dengan menetapkan sasaran tertentu untuk pembeli Cina supaya beralih kepada penjual teknologi tempatan memandangkan pentadbiran Trump juga berusaha untuk mengurangkan penggunaan teknologi China di Amerika Syarikat.

Tindakan ini juga merupakan sebahagian besar daripada usaha China untuk meningkatkan penggunaan teknologi tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin meningkat.

Berdasarkan anggaran oleh penganalisis China, sasaran yang ditetapkan oleh negara itu adalah dengan 30% penggantian teknologi asing akan berlaku pada tahun depan, 50% pada tahun 2021 dan 20% lagi pada tahun 2022.

Pada Mei lalu, Global Times memberitahu penarikan balik kerjasama syarikat-syarikat berteknologi Amerika Syarikat daripada Huawei tidak akan menjejaskan syarikat itu kerana mereka telah lama bersedia untuk menghadapi konflik tersebut dan ia akan mendorong negara itu untuk membangunkan industri mikrocip sendiri untuk menyaingi AS.

Pada awal tahun ini, pentadbiran Trump telah mengharamkan syarikat Amerika Syarikat dari menjalankan perniagaan dengan syarikat telekomunikasi China, Huawei sementara pada bulan Mei, Google, Intel dan Qualcomm mengumumkan mereka juga akan membekukan kerjasama dengan Huawei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat