Chris Hipkins Sah Perdana Menteri Baru New Zealand

26

Chris Hipkins, 44, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand pada majlis perasmian di ibu negara Wellington pada hari Rabu.

Beliau telah disahkan sebulat suara pada hari Ahad oleh parti Buruh yang memerintah untuk menggantikan Jacinda Ardern sebagai ketuanya.

Hipkins pertama kali dipilih ke Parlimen pada 2008 dan menerajui dasar Covid-19 negara pada 2020 sebagai Menteri Tindak Balas Covid-19.

Sebelum menjadi perdana menteri, beliau pernah menggalas tugas sebagai menteri pendidikan, polis, perkhidmatan awam dan ketua Dewan.

Enam hari lalu, Jacinda Ardern membuat pengumuman mengejut untuk berundur dari jawatannya menjelang pilihan raya pada Oktober.

Ardern, 42 berkata beliau tidak lagi mempunyai ‘kekuatan’ untuk memimpin negara dalam pengumumannya.

Gabenor Jeneral Cindy Kiro menerima peletakan jawatan rasminya pada hari Rabu dan mengesahkan pelantikan Hipkins sebagai pemimpin baharu negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat