Dendam India, 118 Aplikasi China Disekat Termasuk PUBG

329

India semakin lama semakin menjauhi China dengan keputusan untuk menyekat lagi 118 aplikasi China.

Keputusan yang diambil India adalah berdasarkan kes pertempuran di Ladakh, sempadan wilayah yang memisahkan dua negara itu pada Jun lalu hingga menyebabkan kematian 20 tentera India.

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Teknologi Maklumat, aplikasi China yang disekat mempunyai unsur yang menjejaskan kedaulatan dan integriti India, pertahanan India termasuk keselamatan negara dan ketenteraan negara.

Malah, sama seperti dakwaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei, India juga percaya kesemua aplikasi China yang disekat mempunyai kebolehan mencuri maklumat negara dan penggunanya.

Permainan video terkenal, PUBG juga merupakan antara aplikasi yang disekat bersama-sama lagi 117 aplikasi lain seperti servis pembayaran atas talian, aplikasi temujanji dan perisian selfie.

Tidak dinafikan PUBG ditubuhkan oleh syarikat Korea Selatan, tetapi bagi versi telefon bimbit permainan video itu diusahakan oleh Tencent, syarikat yang berpangkalan di China.

Sebelum ini, India sudah menyekat 59 aplikasi China termasuk TikTok dan WeChat sebaik sahaja pertempuran itu tercetus pada 20 Jun.

Tidak cukup dengan itu, pada awal Ogos India telah mengumumkan pertimbangan untuk menyekat rakan dagang di Asia Tenggara daripada mengeksport barangan China ke India dengan sedikit nilai tambah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat