“DOGE Lebih Hebat Berbanding Bitcoin” – CEO Bitcoin.com

2,104

Salah seorang pengguna terawal Bitcoin (BTC), Roger Ver mendakwa Dogecoin (DOGE) jauh lebih hebat berbanding raja kripto itu.

Menurut figura ini ketika ditemubual Bloomberg, mata wang kripto meme kegemaran Elon Musk itu menawarkan kemampanan rangkaian dan kos transaksi yang murah jika dibandingkan dengan Bitcoin:

“Jika saya diberi tiga pilihan mata wang kripto yang akan mendominasi, sudah tentulah DOGE, Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).”

Jawapan Ver begitu kontra dengan kenyataan pengasas Ethereum, Vitalik Buterin pada awal Januari 2022:

“Saya pernah optimistik dengan projek Bitcoin Cash..hari ini saya menyifatkan BCH paling gagal.”

Tidak cukup dengan itu, Ver yakin dogecoin  akan mendominasi pasaran wang kerana ada Musk yang menyokong perkembangan projek kripto tersebut.

Buktinya, beliau sangat teruja jika Musk memperkenalkan pemberian tips dalam DOGE di Twitter suatu hari nanti.

Sebagai rekod, Twitter hanya menyokong pemberian tips dalam BTC dan Ethereum (ETH) setakat ini.

Menariknya lagi, Ver mendakwa Bitcoin sudah lari jauh dari tujuan asal penubuhannya yang mana ia menjadi sebab utama kepada kejadian hard fork Bitcoin Cash suatu ketika dahulu.

Siapa Roger Ver?

  • Mula membuat pelaburan di dalam bitcoin sejak 2011 ketika nilai BTC cuma sekitar $1
  • 2014 – bergelar CEO Bitcoin.com dan menggunakan laman web tersebut untuk berkongsi pendidikan tentang Bitcoin secara umum
  • Ver pernah menyuarakan pandangan untuk menambah saiz blok untuk meningkatkan jumlah transaksi di Bitcoin yang mana ditentang oleh komuniti Bitcoin
  • 2017 – berlaku hard fork yang memecahkan Bitcoin kepada dua blockchains: Bitcoin (dikekalkan) dan Bitcoin Cash (baharu)
  • Bitcoin Cash jauh lebih murah dan kurang sesak menyebabkan ia berguna untuk transaksi
  • Ver beralih fokus kepada Bitcoin Cash melalui Bitcoin.com

Kenyataan Ver kebetulan memberi gambaran kepada dakwaan pengasas bersama Solana, Anatoly Yakovenko semalam.

Menurut figura itu, Bitcoin berisiko kehilangan penggunanya jika tidak beralih kepada Proof of Stake (PoS) kerana lambat laun rangkaian lain yang belum terima PoS akan ‘berpindah’ juga.

Ini bukan kali pertama Bitcoin menerima kecaman berkaitan mekanisme Proof of Work.

CEO Ripple, Chris Larsen telah pun melancarkan kempen yang menggesa penukaran Bitcoin kepada PoS.

Malah Kesatuan Eropah (EU) pernah mahu menyekat aset kripto yang mengguna PoW sebelum hasil undian ahli-ahlinya membawa bantahan kepada usaha tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat