Eh! Emas Ni Turun Pula Lepas Naik Tinggi

4,181

Emas kembali susut setelah mengalami kenaikan ketara pada sesi dagangan Rabu, ketika para pelabur memusatkan tumpuan kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed) Jerome Powell yang paling dinantikan sejak awal minggu.

Spot emas didagangkan susut dengan berlegar di sekitar paras harga $1,943 per auns, manakala niaga hadapan emas pula menyusut pada $1,951 per auns (4.15 petang waktu Malaysia).

Dagangan logam kuning sebelum ini merekodkan peningkatan terbesarnya bagi minggu ini ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang kembali meningkat setelah Beijing melepaskan dua peluru berpandu ke wilayah Laut China Selatan pada Rabu dalam satu tindakan yang disifatkan sebagai amaran kepada Amerika Syarikat.

Pada hari yang sama tetapi secara berasingan, Amerika Syarikat pula telah mengenakan sekatan ke atas 24 syarikat China yang terlibat secara langsung dengan isu tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

Pelabur kini mensasarkan tumpuan mereka kepada ucapan Powell yang dijangka akan menetapkan strategi baru bank pusat untuk memenuhi sasaran kestabilan harga dan pekerjaan penuh.

Sekiranya Powell menawarkan kenyataan yang lebih dovish dalam ucapan beliau malam ini, ia dijangka akan mendorong kenaikan bagi dagangan logam berharga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat