Awas Amerika! China Tembak Dua Peluru Berpandu

1,606

Pada awal pagi Rabu, China dilaporkan telah melancarkan dua peluru berpandu ke arah Laut China Selatan sebagai amaran kepada Amerika Syarikat, menurut satu sumber yang dekat tentera China.

Tindakan itu berlaku sehari selepas Beijing mendakwa pesawat pengintip U-2 AS telah memasuki zon larangan penerbangan yang digunakan oleh tentera China untuk menjalani latihan.

Salah satu peluru berpandu yang dikenali sebagai DF-26B dilaporkan telah dilancarkan dari wilayah barat laut Qinghai, sementara satu lagi DF-21 dilepaskan dari wilayah timur Zhejiang. Kedua-duanya ditembak ke kawasan antara wilayah Hainan dan Kepulauan Paracel.

Menurut sumber yang memberitahu SCMP, tindakan tersebut adalah sebagai tindak balas China terhadap potensi risiko yang ditimbulkan oleh pesawat perang dan kapal tentera Amerika Syarikat yang semakin kerap masuk ke wilayah yang dipertikaikan itu.

Tambahan daripada itu, ia juga dikatakan bertujuan untuk menunjukkan kemampuan China dalam menolak kuasa luar yang memasuki Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Song Zhongping, seorang pengulas tentera yang berpusat di Hong Kong mengatakan Amerika Syarikat terus menguji China dalam isu Taiwan dan Laut China Selatan, sehingga memaksa Beijing untuk menunjukkan kuasa ketenteraannya bagi memberitahu Washington bahawa dengan kapal induk AS sekalipun tidak mampu menggoyahkan China.

Ketegangan di Laut China Selatan terus meningkat sejak beberapa kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah Amerika Syarikat cuba campur tangan dalam isu pertikaian ini dan mengecam tindakan Beijing yang meluaskan kuasanya dengan menyokong negara-negara yang terlibat dengan tuntutan wilayah di kepulauan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat