Ether (ETH) Melonjak Walaupun ETH 2.0 Akan Dilancarkan

266

Ethereum (ETH) nampaknya mula aktif, sudah mencatat beberapa rekod ketika berita mengenai ETH 2.0 bakal dilancarkan pada 1 Disember ini tersebar luas.

Firma analitik kripto, Glassnode melaporkan beberapa jam selepas pengumuman yang menjadi perhatian industri kripto, beberapa alamat Ethereum memegang sekurang-kurangnya 32 ETH mencapai rekod all-time high (ATH) berjumlah 126,852. Lonjakan ini menunjukkan angka tersebut bermain sekitar 123 ribu sejak Jun tahun ini dengan rekod turun naik pada ratusan alamat.

Secara tidak langsung, hanya 13% daripada keseluruhan alamat ether memiliki lebih daripada 32 Ether diperlukan untuk melancarkan sistem terbaru itu. Sekiranya jumlah itu gagal dicapai, pelancaran sistem tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga 7 hari selepas nilai yang diingin berjaya diraih.

Alamat tersebut mestilah memiliki nilai sekurang-kurangnya 0.1, 10 atau 100 Ether dan juga dilihat melonjak tinggi, masing-masing catat rekod tertinggi pada 3,616,246 bilangan alamat, 293,183 bilangan alamat, dan 52, 943 bilangan alamat. Ini membuktikan peningkatan menyeluruh dari pemain dan validators.

Jumlah pemilikan Ether di platform pertukaran juga mencatat rekod paras terendah one-year low iaitu 15.8 juta. Pakar statistik kripto, Willy Woo ada menyatakan, sama seperti Bitcoin, apabila jumlah pegangan syiling di pertukaran menurun, ia menandakan kemasukan pembeli baru untuk mengeluarkan syiling dari pasaran dan dipindahkan ke dalam penyimpanan yang lebih selamat.

Imbangan pertukaran Ethereum telah menunjukkan bart-pattern selama 10 bulan dengan skala yang sama beberapa bulan sebelum lonjakan pada 2017.

Petanda lain juga boleh dikaitkan ketika ini dengan harga terakhir Bitcoin mencecah $14,000 dan Ethereum mencecah $400 serentak menghampiri penghujung lonjakan bagi pertengahan Januari 2018.

Kadar hash Ethereum juga berjaya mencapai ATH pada minggu lepas di paras 270 Terahash atau 270 trilion hash sesaat.

 

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat