Fuh! Ramalan Harga Terbaru Para Penganalisis Kripto Buatkan Pelabur Kripto Teruja

1,174

Bitcoin melonjak sekitar 8% ke paras $45,900 untuk memulai tahun 2024, mencapai paras tertinggi sejak Mac 2022. Jumlah perdagangan yang terus meningkat untuk stablecoin Tether (USDT) dan FDUSD menunjukkan permintaan besar dalam pasaran kripto. Ethereum (ETH) juga mengalami kenaikan lebih dari 6% hingga mencapai $2,431. Penganalisis kripto secara umumnya optimis terhadap harga BTC untuk mencapai $50,000.

Pencipta model Bitcoin Stock-to-Flow (S2F), PlanB telah berkongsi pandangan beliau terhadap harga BTC untuk 2024. Beliau memaklumkan bahawa pandangan beliau  2024 sama dengan apa yang beliau katakan setahun yang lalu ketika Bitcoin diperdagangkan berhampiran $20,000.

PlanB berpandangan harga BTC akan naik sebagai tindak balas terhadap peristiwa halving Bitcoin yang dipercayai berlaku pada April 2024. Halving akan berlu pada blok 840,000, yang dijangka terjadi pada 23 April sesuai dengan hitungan halving Bitcoin.

Model S2F meramal harga BTC sekitar $55,000 menjelang halving Bitcoin. Berdasarkan data sejarah, harga BTC menyaksikan kenaikan besar setelah setiap peristiwa halving Bitcoin. Setelah halving terakhir pada Mei 2020, Bitcoin mengalami kenaikan lebih dari 1200% dalam setahun.

Beliau secara peribadi yakin bahwa harga BTC akan mencapai $100,000 pada 2024. Matrixport dan Standard Chartered pula meramal harga BTC akan melonjak di atas $120,000 pada akhir tahun. Model S2F bahkan mensasarkan harga BTC mencapai $1 juta pada akhir 2025.

Penganalisis kripto Michael van de Poppe mengharapkan kelanjutan trend naik menuju $48,000-51,000. Paras tersebut dilihat menjadi paras rintangan dengan jangkaan volatiliti yang besar semasa persetujuan Spot Bitcoin ETF antara 5-10 Januari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat