Harga Gas Di Ethereum Tinggi, Pelabur Gelabah Pindah Milik Stablecoin

814

Harga gas Ethereum mencatatkan lonjakan tinggi sejak Selasa susulan daripada peningkatan rekod transaksi yang melibatkan stablecoins: Tether (USDT) dan USD Coin (USDC).

Berdasarkan pemerhatian, USDT mengumpulkan gas yang tertinggi sejak 24 jam lalu selepas platform pertukaran desentralisasi (DEX) – Uniswap, dan mengatasi 1inch.

Manakala USDC berada di kedudukan ke-4.

Situasi ini sangat ironi jika dilihat pada harga semasa seunit Ethereum (ETH) cuma $2,086 kerana ia sepatutnya mendorong kepada gas yang murah. Tetapi disebabkan rangkaian yang sesak, gas pacu mencatatkan nilai tinggi.

Buat masa sekarang, terlalu banyak transaksi USDT dilakukan sehingga pada satu tahap satu transaksi koin ini mencapai harga lebih $20.

Setakat 12 Mei, lebih 13 bilion telah berpindah milik, rekod tertinggi sejak Mei 2021. Pun begitu, nilai pasaran USDT tetap mencatatkan penyusutan hampir 4% dalam 24 jam, menunjukkan pergerakan yang tidak seimbang.

Kerana UST, rosak USDT

Susulan daripada keruntuhan empayar Terra yang bermula awal minggu ini, kebanyakan pelabur panik dan membuat ‘panic selling’ USDT kerana terkeliru dengan TerraUSD (UST).

Untuk pengetahuan, pada pagi tadi Binance rasmi nyah senarai LUNA dari platformnya.

UST dan USDT walaupun di bawah payung yang sama – stablecoin, kedua-duanya memiliki mekanisme berbeza. Baca artikel ini: TerraUSD (UST) Habis! Bagaimana Nasib Stablecoin Yang Lain?

UST: terikat dengan aset kolateral – LUNA, Bitcoin (BTC), dan Avalanche (AVAX).

USDT: menyimpan rizabnya dalam bentuk tunai, bon, dan aset digital lain.

Sementara itu, USDC mengambil iktibar dari pengalaman terburuk dalam pasaran kripto tahun ini.

Difahamkan stablecoin ini telah mula bergiat usaha mewujudkan rizab yang cuma memiliki tunai dan perbendaharaan jangka pendek.

Selepas USDT susut semalam, harganya kembali normal pada nilai $1. Namun nilai pasarannya masih mencatatkan rekod negatif.

Tetapi nilai pasaran USDC sebaliknya bertahan dengan lonjakan 1.95% menandakan pelabur beralih minat dari UST kepada koin ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat