Hatten Land Sedia Lancarkan Perlombongan Bitcoin (BTC) Di Melaka!

3,722

Masih ingat dengan usaha Hatten Land yang mahu menjadikan Melaka sebagai hub perlombongan kripto?

Dalam perkembangan terbaru, entiti tersebut mengesahkan bahawa sebanyak 80 peranti perlombongan kripto pertama akan dihantar ke Melaka.

Sebaik sahaja pemasangan selesai, perlombongan Bitcoin akan bermula seawal bulan Januari.

Sebagai rekod, Hatten Land telah mengikat kerjasama dengan Frontier Digital Asset Management untuk memasang dan meneruskan operasi sebanyak 1,000 mesin perlombongan kripto dalam kawasan Hatten Land.

Dijangka aktiviti perlombongan kripto ini akan berkembang sehingga mereka berjaya memuatkan lagi 2,000 mesin dalam kawasan Hatten Land, menjadikan jumlah keseluruhan mesin adalah sebanyak 3,000.

Pada 5 Jan, pasukan teknikal daripada Singapura telah pun dipindahkan ke Melaka untuk mengetuai persediaan pemasangan dan pengoperasian mesin perlombongan kripto.

Mesin perlombongan kripto akan beroperasi sepanjang masa, termasuk cuti umum dan hari minggu. Buat masa sekarang, mesin tersebut hanya menfokuskan kepada perlombongan bitcoin dan disusuli dengan altcoins pada masa akan datang.

Kedua-dua syarikat ini akan berkongsi keuntungan aktiviti perlombongan kripto selepas menolak perbelanjaan operasi dan pengurusan berkaitan.

Sementara itu, Hatten Land juga telah bekerjasama dengan firma fintech Singapura, Hydra X untuk lancarkan bursa mata wang kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat