Jumlah Tuntutan Pengangguran AS Meningkat 2 Kali Ganda Pada Minggu Lepas!

507

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas mencatat peningkatan ketara iaitu sebanyak 6.6 juta tuntutan baru. Data yang dikeluarkan ini merupakan salah satu petunjuk kesan wabak koronavirus atau COVID-19 terhap sektor pekerjaan. Warga Amerika yang terkesan dengan wabak Covid-19 telah menfailkan tuntutan pengangguran melalui Jabatan Buruh.

Peningkatan ini meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat 3.28 juta tuntutan sehingaa mengatasi rekod tertinggi yang pernah dicatat sebelumnya sebanyak 695,000 pada tahun 1982. Setakat ini bilangan orang yang telah mendapat manfaat meningkat kepada 3.029 juta berdasarkan laporan yang dikeluarkan.

Menjelang laporan ini dikeluarkan, Goldman Sachs telah menilai semula anggaran tuntutan pengganguran keapda 6 juta dan menambah bilangan tuntutan dijangka akan tetap tinggi dari minggu ke minggu.

Menurut ahli ekonomi Goldman Sachs, data tuntutan faedah/insurans pengangguran belum mencukupi untuk menilai sejauh mana kemelesetan ekonomi negara.

Angka ini dikeluarkan menjelang laporan pekerjaan NFP yang menjadi tumpuan para pemain pasaran pada hari Jumaat. Para pakar ekonomi menjangkakan angka pengangguran akan meingkat sehingga berjumlah 100,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat