Keras Kepala, Youtube Kena Saman Lagi!

935

Youtube sekali lagi mencetuskan isu apabila disaman oleh pengasas bersama Apple Inc., Steve Wozniak berikutan platform itu mendiamkan diri selama berbulan-bulan terhadap penipuan melibatkan hadiah bitcoin.

Dilaporkan penipuan tersebut telah menggunakan gambar dan video Wozniak, termasuk beberapa figura lain seperti pengasas Microsot Corp. Bill Gates dan Tesla Inc. Elon Musk untuk meyakinkan pengguna Youtube bahawa mereka benar-benar membuat pemberian bitcoin melalui siaran langsung.

Menurut mahkamah negeri di San Mateo County, California pada Selasa lepas, mereka yang terpedaya, menghantar sejumlah bitcoin kepada penipu tersebut akan menerima pulangan dua kali ganda.

Sebaliknya berlaku apabila mangsa tidak menerima sebarang pulangan. Dilaporkan Wozniak merupakan antara 18 plaintif yang menfailkan isu yang sama.

Berdasarkan corak penipuan yang dilakukan, jenayah itu memiliki persamaan dengan scam bitcoin yang berlaku di Twitter baru-baru ini, melibatkan figura terkenal seperti Barrack Obama.

Wozniak dan 17 pengadu yang lain telah menuntut ganti rugi dan meminta pihak mahkamah untuk mengeluarkan arahan kepada Youtube dan syarikatnya, Alphabet Inc. untuk segera bertindak dengan memadam video-video tersebut.

Mereka juga meminta pihak Youtube memberi amaran kepada pengguna terhadap penipuan itu. Namun, sehingga kini tiada sebarang respons dari pihak Youtube.

Hal ini berbeza dengan tindakan Twitter, yang jauh lebih pantas bertindak menangani isu godam dan penipuan bitcoin dalam masa yang singkat.

Sebelum ini, Youtube juga disaman Ripple kerana isu yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat