Lebih Power! Riot Blockchain Bakal Bina Stesen Elektrik Untuk Bitcoin (BTC)

256

Jika tenaga elektrik menjadi satu isu yang menyebabkan perlombongan kripto disekat, Riot Blockchain Inc. ada cadangan yang lebih baik.

Syarikat perlombongan kripto Amerika Syarikat (AS) ini mendedahkan rancangan untuk menubuhkan pencawang elektriknya 1.7 gigawatt (GW) miliknya sendiri, sekaligus membuka peluang untuk meraih keuntungan yang lebih tinggi.

Riot Blockchain mahu menempatkan projek ini di Navarro County, Texas supaya aktiviti perlombongannya tidak menjejaskan tenaga di bandar itu.

Difahamkan projek ini akan bermula dengan kapasiti awal – 400 megawatt (MW) sebelum ditambahkan lagi dengan 600 MW.

Ia dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya untuk fasa pertama pada Julai 2023 melibatkan penyediaan tempat untuk pelbagai mesin perlombongan.

Keputusan Riot sedikit sebanyak mencerminkan Texas sebagai salah satu negara AS yang mesra kripto.

Buktinya, Fort Worth telah mengumumkan perlombongan bitcoin menggunakan tiga peranti, Bitmain Antminer S9 yang disumbangkan oleh Texas Blockchain Council.

Untuk pengetahuan, inisiatif ini mendapat sokongan daripada datuk bandar, Mattie Parker yang menyuarakan bahawa kos tenaga boleh dikurangkan melalui perlombongan bitcoin.

Apa-apa pun, Parker turut menekankan bahawa mereka perlukan tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan masa depan industri ini.

Siapa sangka ini merupakan berita baik susulan daripada penerapan bitcoin di El Salvador sejak September 2021, dan Brazil yang telah meluluskan rang undang-undang kripto semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat