Pasaran Hari Ini Dipacu Oleh Sentimen Perdagangan AS-China Sementara Menunggu Data Pekerjaan Kanada Malam Ini

554

Dagangan forex hari ini menyaksikan matawang AS Dolar hampir mencecah ke paras dua minggu tertinggi berbanding Euro selepas terdapat laporan mengenai peluang Amerika Syarikat dan China untuk menamatkan perang perdagangan mereka adalah tipis.

Wall Street melaporkan bahawa Presiden Donald Trump tidak bercadang untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari China, Presiden Xi Jinping sebelum 1 Mac ini untuk mendapatkan kesepakatan dalam perjanjian perdagangan. Komen yang dianggap bearish ini cenderung untuk menyokong AS Dolar dimana matawang ini juga berfungsi sebagai matawang yang selamat dalam suasana pasaran tidak menentu.

Pada awal dagangan sesi Eropah hari ini, angka imbangan perdagangan dari Jerman adalah sejajar dengan corak data-data ekonomi baru-baru ini yang masih lemah dengan menunjukkan sektor eksport berhampiran paras terendah dalam dua tahun pada bulan Disember.

Sterling pada hari Jumaat telah menuju kemerosotan mingguan terburuk sejak Oktober dengan kebuntuan terhadap Brexit yang memberi implikasi yang negatif pada mata wang GBP dan akan menyebabkan Bank of England untuk mengurangkan ramalan pertumbuhannya.

Antara fokus pelabur pada malam ini akan terarah kepada data pekerjaan yang bakal dikeluarkan di Kanada pada jam 9:30 malam ini yang dijangka lemah ekoran bacaan pada data IVEY PMI sebelum ini yang turut mencatatkan penurunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat