Perhatian! Ini 3 Sebab Kenapa Altcoin Sudah Tunjukkan Isyarat ‘Beli’!

424

“Bolehlah jenguk-jenguk dulu altcoin mana yang dah jatuh, mana tahu ini peluang korang untuk sauk.”

Santiment, data on-chain menunjukkan altcoin kini termasuk Basic Attention Token (BAT), Chromia (CHR) dan Highstreet (HIGH) telah berada dalam zon pembelian yang berpotensi menghapuskan kerugian minggu ini. Berikut adalah tiga sebab mengapa altcoin sudah melihat isyarat beli.

Salah satu sebabnya adalah modal pasaran altcoin naik lebih 77% dalam masa 12 bulan, di mana modal pasaran kripto tidak termasuk Bitcoin (BTC) canak daripada $551.9 bilion pada 3 Julai 2023 kepada lebih $1 trilion pada 3 Julai 2024.

Modal pasaran yang meningkat lebih 77% bukan sahaja memperlihatkan kenaikan dalam permintaan altcoin malah penguasaannya yang semakin mencanak terhadap BTC dan minat dijana di kalangan pelabur.

Selain itu, metrik Santiment Mean Value to Realized Value (MVRV) yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti bahagian tops dan bottoms tempatan telah menunjukkan altcoin BAT, CHR dan HIGH mempunyai kemasukan yang mungkin menguntungkan.

Data daripada Santiment membandingkan pulangan purata jangka pertengahan setiap wallet merentas hampir semua altcoin kemudian menyatakan para pedagang berada dalam keadaan baik atau mengalami kerugian tidak direalisasikan.

Sebab terakhir mengapa altcoin sudah melihat isyarat beli adalah altcoin yang kini sudah berada dalam fasa pengumpulan dengan penganalisis di sebalik pemegang X @el_crypto_prof menyatakan altcoin telah menyelesaikan wave 1.

Jadi di sini dapat dilihat penganalisis tersebut mungkin merujuk pada Elliott Wave Theory yang mengenal pasti waves impulse yang menetapkan corak dan corrective waves.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat