Rio de Janeiro Terima Bayaran Kripto Untuk Cukai Hartanah!

120

Rio de Janeiro berusaha menubuhkan syarikat kripto bagi menjadi bandar Brazil pertama yang bakal membenarkan pembayar cukai menggunakan aset digital atau mata wang fiat untuk membayar cukai pada 2023.

Selain membenarkan pembayar cukai membuat pembayaran melalui pelbagai aset digital, mereka juga akan dikenakan jenis cukai lain pada masa hadapan.

Diperjelaskan, syarikat harus mewujudkan perkhidmatan pembayaran mata wang kripto yang boleh menukarnya kepada mata wang fiat sejurus selepas para pelanggan membuat pembayaran menggunakan aset digital itu.

Oleh demikian, syarikat yang berhasrat untuk membuat perkhidmatan tersebut harus bersedia mematuhi peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Brazil dan membuat pendaftaran dengan bandar Perancis.

Sementara itu, pembayar cukai tidak akan dikenakan kos tambahan semasa dana dipindahkan ke bandar dalam mata wang fiat tempatan, ulas Datuk Bandar Eduardo Paes.

Secara konteks, Rio merupakan sebuah bandar global yang mendalami kemajuan teknologi dan aset kewangan digital bagi membangunkan inovasi negara.

Difahamkan bahawa Brazil telah menubuhkan banyak syarikat yang memegang mata wang kripto, buktinya data pihak berkuasa percukaian tempatan Receita Federal do Brazil menunjukkan 12,053 syarikat telah mengisytiharkan kripto pada kunci kira-kiranya.

Pada sumber berbeza, negeri Colorado AS juga mula menerima kripto sebagai pembayaran cukai atau hutang manakala badan perundangan Arizona, Wyoming dan Utah pula memperkenalkan rang undang-undang bagi menerima pembayaran cukai dalam bentuk mata wang digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat