Rupanya China Tiada Undang-Undang Ke Atas Kripto

882

Mahkamah Jinan semalam mendedahkan pelaburan dan perdagangan matawang kripto di negara itu sebenarnya tidak dilindungi oleh undang-undang.

Isu ini menjadi tular susulan penelitian kes yang melibatkan Bitcoin (BTC) pada 2017. Pada ketika itu, seorang penduduk China telah membeli BTC berjumlah 70,000 yuan ($10,794) sesetelah didorong oleh tiga rakannya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sulit apabila pada 2018 bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) memberi amaran kepada institusi kewangan untuk menghentikan perkhidmatan kepada akaun berkaitan matawang kripto.

Akaun-akaun tersebut serta-merta ditutup, menyebabkan pelabur memfailkan saman dengan tuduhan penipuan. Namun, mahkamah Jinan menjelaskan tiada undang-undang yang melindungi bitcoin dan matawang kripto yang lain, menjadikan tuduhan pelabur tersebut tidak dapat dipertahankan.

Dalam perkembangan terbaru membuktikan situasi pelabur kripto China tetap tidak akan mendapat sokongan daripada mahkamah jika berhadapan dengan masalah sedemikian dengan pelaburan mereka.

China sejak beberapa tahun yang lalu sudah menunjukkan ketegasan terhadap industri kripto. Bermula dengan sekatan perkhidmatan matawang kripto dalam kalangan institusi kewangan sehinggalah sekatan terhadap perlombongan kripto.

Tindakan China menyebabkan majoriti pelombong kripto tempatan berpindah ke luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kazakhstan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat