Rusia-Ukraine Berperang, Pasaran Kripto, NFT Dalam Krisis!

3,002

Dunia kecoh selepas presiden Rusia, Vladimir Putin umumkan serangan ke atas Ukraine!

Berdasarkan media utama yang mengkhabarkan berita semasa ini, boleh kedengaran letupan di ibu kota Kiev dan bandar Kramatorsk di tengah Ukraine dan Odessa di selatan.

Seperti yang dijangka, pasaran kripto juga kecundang dengan masing-masing mencatatkan penyusutan lebih daripada 5%!

Ketika penulisan, Bitcoin (BTC) susut hampir 11% dari paras tertinggi harian, $38,773 ke paras terendah harian, $34,554. Kali terakhir BTC menyentuh kawasan $34,000 adalah pada 21 Januari 2022.

Manakala Ethereum (ETH) susut lebih 14% dari rekod 23 Februari, $2,753 ke paras terendah harian $2,360 sebentar tadi.

Pasaran non-fungible token (NFT) tidak ketinggalan menanggung tempias peperangan ini apabila harga lantai bagi beberapa koleksi digital mencatatkan penyusutan sekitar lebih 6% sehingga 24%.

Pun begitu, tidak pasti sejauh mana trend negatif ini berlanjutan. Jika dilihat pada sentimen yang mempengaruhi pasaran kripto dan NFT, prestasi aset digital bergantung kepada hubungan Rusia dan Ukraine.

Setakat laporan terbaru sebentar tadi, presiden Ukraine – Volodymyr Zelenskyy telah mengisytiharkan negaranya dalam status martial law.

Martial law merujuk kepada mana-mana kerajaan yang menggunakan pasukan unit beruniform untuk kawal rakyat daripada menjalankan aktiviti kebiasaannya adalah bersifat sementara.

Malah presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sudah pun memberi jaminan sokongan penuh seluruh dunia terhadap Ukraine yang diserang Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat